Oct 19, 2011

Pakai DSLR tapi setting AUTO baek tak payah!



Entry ni tidak ditujukan khas untuk sesiapa tapi aku minta maaf kalau ada yang terasa sebab ia adalah fakta yang semua orang in denial nak mengaku.

Sekarang ni aku tengok ramai orang pakai DSLR dan buat photoblog tapi hasilnya sedeh. Walaupun tanpa basic photography tapi dengan "naked eyes" sesiapa pun boleh identify kalau sesuatu gambar itu tak berseni. 

Aku bukanlah seorang makhluk yang berseni tapi sedikit sebanyak kita perlu tau macam mana nak amik gambar yang "berisi". Tak perlu pakai kamera DSLR untuk dapatkan gambar yang "cantik" kalau cuma guna setting AUTO!

Sebenarnya pakailah kamera apa sekalipun, hatta kamera cap ayam tapi kalau gambar itu "bercerita" ia akan jadi sebuah gambar yang menarik. Benda-benda basic macam angle kena tau so at least gambar tak nampak boring.

Berbalik pada entry, tujuan photoblog ini diwujudkan sebab aku nak kongsi koleksi gambar yang aku snap semasa travel dan disebabkan aku tak letak kesemuanya dalam travel blog jadi aku salurkan ke sini. Pada pendapat aku seorang traveller perlu ada sebuah kamera (at least kamera cikai) so kesemua moment dapat dirakam. Photographic memory tak memadai sebab lambat laun kita akan lupa. Itu pada pendapat aku, sori kalau tak sebulu!

Aku tak pakai kamera DSLR dan kesemua gambar aku menggunakan kamera jenis point & shoot jenama Canon IXUS 100 IS (model lama). Aku beli kamera ni sejak tahun 2009 dan sampai sekarang beliau masih setia berkhidmat walaupun dah calar balar dikerjakan.


kamera cap ayam-ku


Buat masa ni aku belum lagi terfikir nak cari pengganti yang baru sebab aku masih berpuas hati dengan performance beliau, cuma gambar waktu malam sedikit fail sebab "noise" kamera ni tak berapa okay walaupun guna manual setting. Boleh dikatakan kesemua gambar yang aku amik tak menggunakan flash sebab aku lebih prefer natural lighting. Cuma bila takde flash ni cabaran dia ialah tangan kena statik atau gambar akan bergegar.

Hopefully lepas ni any DSLR-fag yang baca entry ni akan cuba belajar setting MANUAL dan rajin-rajinkanlah diri berlajar ilmu photography daripada yang pakar. Jangan asik poyo gantung kamera kat leher walhal pakai setting AUTO! Pfffttt!

Peace no war!

18 comments:

just.HY said...

thanks fatt. walaupun aku selalu guna mode auto @ P, aperture @ A dan jugak shutter @ S kat nikon d3000. hihih...just aku improvise dgn blaja amek angle cantik2 je. utk blaja guna mode manual tu ade la jugak skit2...tp bila travel tak sempat nk set sume mode2 yg penting.

yang penting basic megenai exposure, whitebalance sume kene tau so that, gmbr boleh jadik cantik. ^_^

just.HY said...

owh yaa...bwt kamera canon ko tu mmg aku suka. penah pnjm kamera tu ngn kwn aku bwk pegi beijing. hasilnya mmg puas hati!!! terbaekkk.

Ako Retna said...

fatt,

eehehe siyes ako tang2 kamera ni mmg FAIL!!

sebab mostly gambo2 ako sumer auto jer... tu pun kdang2 frust juga sbb x cantek..

apa kata ko wat tutorial kat sini, ajor camne nak guna kamera even cap ayam sekali pun hehe..

psstt siyes, ako mmg FAIL bab2 shuttle la noise la.. bla bla...

*sadis nyaaaaa

ps: teringin sangat nak amek gambar mcm kowang...

btw ako pakai kamera LUMIX LX3 je ..

Ren said...

Fatt betul tu, Kalau dah pakai DSLR sila lah belajar guna M. Sebab M itu MUDAH. Siyes tak susah.

Anonymous said...

entry nii aku skong hg 100% fatt

pratus yg berlagak nk begaya pkai dslr lebih byk dri yg btol2 berbakat....
taruh gmbr dlm fesbok gantung kamera kat tengkok(gya nk tayang kemera)....gmbr ambik semua lingkup...

iina said...

Fatt

Biasalah tuh.. janji ada kamera ahaks... aku lak belum terbuka hati nak pakai dslr.. masih tegar pakai digital.. senang.. tgk kat skrin lcd.. pastu snap.. janji gbr lawa kan..

;)

masMZ KaKiJaLaN said...

hahahahaha.... aku setuju....

yang pertama, kamera dslr ke kompak ke tu tak penting... yang penting gambo dan moment... kekadang aku jalan pakai kamera kompak canon aku gaksssss... tu pun orang leh tertipu kata pakai kamera mahai...

yang kedua, m lagi mudah walaopun korang rasa p tu pantas... weeeeee

*aku pun peace no warrrrr har har harrrrr

Unknown said...

Aku pun setuju dengan Janggel, mula2 pakai dslr, pakai mode AF, pastu slow2 belajar pakai Manual, takde la susah mana, dah nama pun digital.

Tapi untuk yang pakai auto utk mula2 baru beli tu logic la, tapiiiiiiiiii kalau lepas tu tak reti2 gak..tak tau la aku nk kata apa..

Bagi aku gambar tu terlalu subjective nak kata lawa atau tak, sebab citarasa orang berbeza, dan pandangan mata orang lain2..

Cawan said...

Dslr or point n shoot yg penting capturing moment tu.. kekadang paling ralat bile xbawak kamera, bukan mudah nk mengimbau blik situasi atau sesuatu event tu.. oh memory..

gambar kretif, berseni, add on teknik tu mmng bonus point.. kalo takat nk tempek tp xde story tak guna jugak..

yg guna auto kat dslr tu plak ptt kena lebihkn usaha.. ade care nk fast learner, cume kena ade basic.. basic ni lebih afdal kalo berguru..

kemang~ said...

@janggel

nanti ko ajar aku eh camane nak pakai M tuh.. kite same brand, kenen.. kihkih

@fatt

uit, ixus mmg cantik kan gambo die..

Ren said...

Kemang... Boleh № problem! Nanti kite buat kelas intensif kat Agra dan praktikel di Jaipur.

gadisBunga™ said...

aha! aku suka entri ni beb!

sebab tu aku tak beli dslr. guna je cap ayam itu dan terbaru gf3. ikut keselesaan sebenarnya. pakai kamera apa pun aku menonggeng jugak nak cari angle. hahaha. lagipun gaya tak penting kalau end up gambo sama je mcm kamera lain. hu~

lagi satu, point n shoot camera banyakkkk kelebihannya. antaranya boleh masuk celah ceruk yg kamera besar tak lepas. so kesimpulannya, aku sayang dua-dua kamera aku. :D

SisHoney said...

hai..

tumpang lalu :-)

d_yanz said...

Totally agree! Camera bukan main besar, mode Auto, gambar tak cantik. pfftttt..

Niza Zainal said...

:)Fatt, that's the difference between photographer and cameraman.

Actually have a different point of view, pada I tak kesahlah kalau guna automatik sekalipun asalkan hasil tu menarik. Kalau guna manual tapi gambar xde artistic value pun tak guna. Banyak juga yang I lihat hebat dari segi teknikal, tapi gambar takde art value. Apa pun ni cuma cakap2 tak serupa bikin (sebab org yg cakap ni pon sama je dua kali lima sepuluh - aku le tu). For me pulak skrang dah jatuh terbalik , nak berhijrah guna camera kecik balik. Tak larat nak pikul DSLR sana sini. kalau boleh nak pakai kamera phone jer huhuhu....

Chibi Maruko said...

sama, me pun tak guna dslr, tak sampai seruan lagi sebab me still suka kamera dengan battery AA...

Biqque said...

sebagai pengguna :
1) kamera kompak (bukan kokak ye, baca betul betulllll hahaha) yang ada semi manual paling minima
2) kamera prosumer (kira cam hi-end compact, novice utk pro tapi still point n shoot)
3) kamera dslr (yang ada semua jenis la AV, TV, M, pejadah tu kan)

bagi aku, mempunyai kamera adalah satu benda yang basic. but basic should come with CREATIVITY.

so,
1) ada kamera kokak tapi gambar tak cun - tak kisah
2)ada kamera kokak tapi gambar cun - kreatif
3) ada kamera gempak tapi gambar tak cun - syok sendri
4) ada kamera gempak tapi gambar cun - bonus dan kreatif

yang nyata, aku kalo belajar, asik nak mengamuk dan marah2 sebab aku ni suka question itu ini hahahaha! tapi sejak takde camera kecik yg bleh disorok dan dipegang dua jari, agak susah nak amik gambar senyap2 dan tiba2...sigh...celaka punya penyamun!

dzuchan said...

hahaha..aku suke..
aku pemilik DSLR & kompak jugak (tamakk)
aku ni mmg suke kamera dari kecik-kecik dulu..

aku ingat henry golding kata dalam iklan canon " its not about capturing the picture you want, but it is that for creativity u need" lebih kurang lah...

DSLR kan bole bokeh la, silhouette la hapekebenda la.. tapi betul la kata seorg photographer pro " camera dont take pictures, photographer do" walaweehh...panjang lak...