Sep 27, 2011

Kalaulah jangka hayat manusia sama dengan penyu


Pagi-pagi lagi aku dah nampak penyu ni berenang-renang cari makan di gigi air sekitar guesthouse. Kebetulan pada waktu tu air laut tengah pasang dan sebab itu dia boleh berenang sampai ke sini. Ini kali kedua aku tengok penyu yang hidup dalam habitat semulajadi di depan mata, kalau dalam zoo tu lain.

Kali pertama aku tengok kat Perhentian pada tahun 2009 dan pada waktu tu aku dengan kengkawan tengah snorkeling. Excited punya pasal kitaorang kejar sampailah hilang, tapi keadaannya agak menyedihkan sebab cengkerangnya kopak terkena sauh. Memang sedih tapi itu kerja sape lagi kalau bukan kerja manusia!

Kadang-kadang aku terpikir, penyu menangis sebab dia sedih ke?

2 comments:

Azizan Zolkipli said...

Kalau dulu2 jangka hayat penyu memang lah panjang umur. Tetapi sekarang ni pendek umur huhuhu ... iyelah, termakan plastik yang kita buang ke laut dan disangkakan ubur2 iaitu makanan kegemarannya. pastu tersangkut di jala/pukat/jaring nelayan. kalau tak mati sendiri akibat terjerat. udah dilepaskan, kena bunuh pulak tu.

kesian hidup sang penyu ...

Fatt said...

azizan,
tulah..ada jgk dengar cerita tu..yg dia mkn plastik tu..kesian. agaknya sbb tu penyu menangis